(Blinken ketika berucap mengenai China di Auditorium Jack Morton
di Universiti Washington pada 26 Mei 2022/AFP)
BEIJING, 27 Mei- Kementerian Luar China mendakwa Setiausaha Negara, Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken sengaja memburuk-burukkan China semasa menyampaikan ucapan berhubung usaha mengimbangi pengaruh Beijing.
Ucapan Blinken itu menyentuh beberapa perkara seperti, “menyebar maklumat palsu, membesar-besarkan pengaruh China, mencampuri hal ehwal dalaman China serta memburukkan dasar dalam dan luar China," kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam siding media di Beijing.
China berdepan beberapa amaran dari AS dan sekutu Barat sejak akhir-akhir ini tentang pengaruhnya yang semakin berkembang dalam cita-cita China menguasai dunia.
Dalam ucapan terbuka pada Khamis, Blinken memberi amaran kepada China tentang niat untuk membentuk semula “orde antarabangsa” dan mempertahankannya.
Blinken turut mendakwa Beijing telah meningkatkan ketegangan di Taiwan – negara yang diperintah secara demokrasi dan China menganggap sebagai wilayah “suci” serta menyatakan Beijing telah "memutuskan hubungan Taiwan dengan negara-negara di seluruh dunia serta menyekat negara itu daripada menyertai organisasi antarabangsa."
Wang pada Jumaat berkata, China kekal dan tegas menentang ucapan Blinken; menunjukkan Washington berusaha untuk "mengawal dam menyekat pembangunan China serta berusaha mengekalkan pengaruh “hegemoni” atau dominasi sesebuah negara ke atas negara lain dan kuasa AS." –AFP
(Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam
sidang media di Beijing/Fail AFP)