fb fb fb fb fb

Bermula 10 Jun, 98 negara dan wilayah dibenar masuk ke Jepun

TOKYO, 27 Mei - Jepun mengumumkan akan membuka pintu sempadan negara kepada pelancong di 98 buah negara dan wilayah bermula 10 Jun, selepas dua tahun penutupan pintu sempadan akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, ia hanya dibenarkan kepada pelancong yang datang secara berkumpulan.

Keputusan dibuat selepas kerajaan pada minggu lalu, membenarkan lawatan kumpulan kecil pelawat dari Amerika Syarikat, Australia, Thailand dan Singapura mulai bulan ini.


(AFP)

Semalam, kerajaan negara itu menyemak semula kawalan sempadan. Negara dan wilayah yang dibenarkan termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Sepanyol dan Malaysia.

Negara itu juga akan memperluaskan bilangan lapangan terbang yang menerima penerbangan antarabangsa kepada tujuh termasuk Naha di Wilayah selatan Okinawa dan New Chitose berhampiran Sapporo di utara Hokkaido.

Semua ketibaan perlu diuji negatif sebelum melakukan perjalanan ke negara itu. Kumpulan pelancong juga bertanggungjawab mematuhi arahan pemakaian pelitup muka dan arahan-arahan lain yang berkaitan.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata beliau mahu melonggarkan langkah kawalan sempadan.

Bagaimanapun, langkah kawalan diteruskan dengan sokongan orang ramai terhadap sekatan semasa.

Pada 2019, Jepun merekodkan 31.9 juta pelawat asing.-AFP

Media Baharu