fb fb fb fb fb

Kereta api bertembung, lebih 40 cedera di Republik Czech

FOTO REUTERS

ZLIV, 20 November - Sekurang-kurangnya lima orang cedera parah manakala 40 yang lain cedera ringan selepas dua kereta api bertembung di Republik Czech pada Khamis.

Kemalangan berlaku kira-kira 132 kilometer di selatan Prague.

Menurut perkhidmatan bomba dan penyelamat, kesemua penumpang daripada kedua-dua kereta api telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Sementara Menteri Pengangkutan Republik Czech, Martin Kupka, berkata kemalangan itu masih disiasat.

Bagaimanapun, maklumat awal menunjukkan salah sebuah kereta api berkemungkinan melepasi isyarat berhenti. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM