fb fb fb fb fb

UAE umum kes cacar monyet pertama di rantau Teluk

(Gambar menunjukkan tabung uji berlabel virus cacar monyet//REUTERS)

DUBAI, 25 Mei - Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Teluk pertama yang mengumumkan kes cacar monyet dan menegaskan ia bersedia sepenuhnya untuk menangani sebarang wabak.

Kes itu ditemui pada seorang wanita berusia 29 tahun yang tiba dari Afrika Barat dan sedang menerima rawatan perubatan, kata Kementerian Kesihatan dan Pencegahan.

"Kami telah menyediakan mekanisme tepat untuk mendiagnosis pesakit yang disyaki," kata kementerian itu dalam kenyataan.

"Pasukan penasihat teknikal untuk kawalan wabak juga telah menyediakan panduan komprehensif untuk pengawasan, pengesanan awal penyakit, pengurusan pesakit yang dijangkiti secara klinikal dan langkah berjaga-jaga," katanya.

(Antara simptom yang mungkin dialami demam sakit otot, nodus limfa bengkak, menggigil, keletihan dan ruam/Foto Hiasan)

Cacar monyet yang biasanya tidak membawa maut boleh menyebabkan demam, sakit otot, nodus limfa bengkak, menggigil, keletihan dan ruam seperti cacar air pada tangan dan muka.

Virus itu boleh disebarkan melalui sentuhan dengan luka kulit atau titisan cecair badan daripada orang yang dijangkiti. -AFP

Baca lanjut berita ini
*Cacar monyet merebak ke Austria, Republik Czech, Slovenia
*Tiada kes cacar monyet dilaporkan di Malaysia -KKM
*Tiada keperluan melaksanakan vaksinasi besar-besaran bagi wabak cacar monyet - WHO
*AS dalam proses keluarkan vaksin Jynneos kekang penularan cacar monyet
*Kanada kesan 13 kes dipercayai penyakit cacar monyet jarang ditemui

Media Baharu