fb fb fb fb fb

Tedros dipilih semula sebagai Ketua Pengarah WHO untuk penggal kedua

(Tedros Adhanom Ghebreyesus (tengah) meraikan pemilihan semulanya,
semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75  di Geneva, Switzerland/AP)

GENEVA, 25 Mei - Tedros Adhanom Ghebreyesus, warga Afrika pertama yang mengetuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dipilih semula sebagai Ketua Pengarah dengan sokongan yang menggalakkan selepas menang tanpa bertanding untuk penggal kedua.

Menurut sumber yang terlibat secara langsung dalam pengendalian pemilihan, beliau menerima 155 daripada 160 undian yang dilaksanakan secara rahsia.

(Tedros dipilih semula sebagai Ketua Pengarah WHO untuk penggal kedua/WHO)

“Saya benar-benar terharu dengan sokongan,” Tedros memberitahu semasa perhimpunan selepas keputusan pemilihan diumumkan dengan tepukan gemuruh.

"Pengiktirafan ini bukan sahaja untuk saya. Saya benar-benar percaya ini adalah pengiktirafan untuk seluruh keluarga WHO. Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada WHO," katanya. -AFP

Media Baharu