(Pemimpin Parti Buruh, Anthony Albanese (tengah) mengangkat sumpah jawatan
Perdana Menteri baharu Australia/REUTERS)
BEIJING, 25 Mei - Perdana Menteri China, Li Keqiang menghantar nota ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Australia yang baharu, Anthony Albanese, meredakan ketegangan selama bertahun-tahun dalam hubungan peringkat tinggi antara kedua-dua negara.
Hubungan antara China dengan Australia sebelum ini terjejas teruk ekoran perbalahan mengenai hak asasi manusia, pengintipan dan asal-usul COVID-19.
Tetapi warkah yang diutus Li menandakan kesediaan untuk membaiki hubungan peringkat tinggi paling ketara antara Beijing-Canberra dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.
(Perdana Menteri China, Li Keqiang(kiri) dan Perdana Menteri Australia yang baharu, Anthony Albanese/REUTERS)
"China bersedia untuk bekerjasama dengan Australia untuk meninjau masa lalu dan melihat masa depan dalam menggalakkan pertumbuhan kukuh dan mantap serta perkongsian strategik yang komprehensif," kata Li, memetik laporan agensi berita Xinhua.
Albanese berkata warkah itu "dialu-alukan" dan berkata beliau akan "bertindak balas dengan sewajarnya" apabila kembali dari sidang kemuncak pemimpin Quad di Tokyo. -AFP
Apa itu Quad?
Pakatan Quad tolak pengubahan status quo secara paksa