fb fb fb fb fb

UAE setuju lupus hutang Pakistan, tawar pinjaman AS$1 bilion

(Foto Marriyum_A/Twitter)

ISLAMABAD, 12 Januari- Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju melupuskan hutang Pakistan berjumlah lebih AS$2 bilion dan menawarkan pinjaman tambahan sebanyak AS$1 bilion.

Tawaran itu dibuat ketika Pakistan bergelut dengan krisis pertukaran matawang asing, dengan memegang rizab yang cukup untuk membayar hanya tiga minggu import.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif tiba di UAE awal Khamis untuk berbincang dengan pegawai tinggi negara Teluk bagi mendapatkan bantuan menangani ekonomi domestik yang terjejas.

"Presiden UAE bersetuju untuk melupuskan pinjaman sedia ada sebanyak AS$2 bilion dan menawarkan pinjaman tambahan AS$1 bilion.

"Kedua-dua pihak bersetuju memperdalam kerjasama pelaburan, merangsang perkongsian dan peluang integrasi pelaburan antara kedua-dua negara," kata kenyataan pejabat Sharif

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan syarat perjanjian pinjaman.

Hutang negara Pakistan berjumlah AS$274 bilion atau hampir 90% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Rizab pertukaran matawang asing negara telah berkurangan kepada kurang daripada AS$6 bilion, dengan obligasi lebih daripada AS$8 bilion perlu dibayar pada suku pertama sahaja. -AFP

(UAE setuju lupus hutang Pakistan, tawar pinjaman AS$1 bilion/AFP)

 

Media Baharu