fb fb fb fb fb

Hungary kecam tindakan EU sekat geran pendidikan

(Foto hiasan)

BUDAPEST, 13 Januari - Budapest menyelar keputusan Suruhanjaya Eropah menggantung pemberian geran kepada universiti Hungary sebagai melampau dan tidak boleh diterima.

"Budapest terbuka untuk membuat perubahan perundangan untuk mengecualikan ahli politik daripada lembaga yayasan jika diminta berbuat demikian oleh suruhanjaya itu", kata pegawai kanan Perdana Menteri Viktor Orban Gergely Gulyas kepada pemberita.

Bulan lalu, Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa 21 universiti Hungary tidak lagi layak menerima pembiayaan geran Erasmus Kesatuan Eropah (EU), yang membolehkan pelajar menghabiskan tempoh di institusi rakan kongsi di luar negara.


(Foto hiasan/AFP)

"Universiti Hungary juga tidak layak memohon pembiayaan bagi program pertukaran penyelidikan Horizon Europe blok itu", kata suruhanjaya itu.

Keputusan itu adalah sebahagian daripada pembekuan dana EU yang lebih luas untuk Hungary atas kebimbangan rasuah.

"Kami mempunyai kebimbangan mengenai undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh Hungary pada 1 November yang pada asasnya memudahkan penglibatan eksekutif politik peringkat kanan dalam lembaga amanah kepentingan awam," kata jurucakap suruhanjaya Balazs Ujvari di Brussels.

Beberapa pegawai dari parti pemerintah Orban Fidesz, termasuk menteri kerajaan dan setiausaha kerajaan, kini menduduki lembaga pengarah universiti yang dikendalikan oleh yayasan.-AFP

Media Baharu