fb fb fb fb fb

Dewan Perwakilan AS lulus undang-undang halang eksport minyak ke China

(Foto hiasan)

WASHINGTON, 13 Januari- Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang bagi menghalang eksport minyak daripada Rizab Petroleum Strategik ke China.

Rang undang-undang itu disokong 331 ahli dewan yang dikuasai Republikan. Manakala, 97 lagi menentang.

Isu eksport minyak Amerika ke China menjadi perdebatan sejak tahun lalu.

Ia susulan tindakan Presiden Joe Biden mengumumkan penjualan 180 juta tong minyak daripada rizab strategik.

Tindakan tersebut bertujuan menstabilkan harga komoditi itu yang melonjak ekoran perang Rusia-Ukraine.-REUTERS


(Dewan Perwakilan bersidang di bangunan Capitol AS di Capitol Hill,
Washington/Foto fail/REUTERS)

Media Baharu