fb fb fb fb fb

Kanak-kanak diperdaya dua remaja, jadi mangsa jual organ

MAKASSAR, 13 Januari- Bunuh kanak-kanak untuk jual organ.

Dua remaja bertindak kejam menculik dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kerana mahu menjual organ manusia.

Kegiatan dua remaja dari Kota Makassar berumur 14 dan 17 tahun itu terbongkar selepas keluarga mangsa melaporkan kehilangan anak mereka Ahad lalu.

Mayat mangsa ditemukan di tiang jambatan di wilayah Maros dalam keadaan ngeri dengan kaki dan tangan diikat.

Suspek disyaki menculik dan membunuh mangsa untuk menjual organnya secara dalam talian.


(Foto Media Sosial)

Menurut polis, rakaman CCTV mendedahkan mangsa diperdaya dengan upah RM14.00 bagi membantu membersihkan rumah.

Mangsa dibawa ke rumah suspek dan mencekik serta menghentak kepala mangsa ke tembok sehingga meninggal dunia.

Selepas mengikuti suspek, mangsa tidak pulang sehingga dia ditemukan mati.

Media Baharu