fb fb fb fb fb

Arab Saudi rancang bangunkan program nuklear awam

FOTO AFP

RIYADH, 13 Januari- Arab Saudi merancang untuk membangunkan program nuklear awam dengan menggunakan sumber uraniumnya sendiri.

Sebanyak 16 reaktor nuklear akan dibina dalam tempoh dua dekad; perancangan telah bermula sejak tahun 2018 lagi.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman mengesahkan, perancangan projekĀ itu dijangka menelan belanja RM349 bilion.

Kerajaan berhasrat untuk menggunakan sumber uranium negara termasuk untuk projek bersama dengan rakan kongsinya.

Arab Saudi selaku negara pengeksport minyak terbesar dunia itu cuba mengurangkan pergantungannya kepada minyak mentah.

Pada Mac 2018, Riyadh meluluskan dasar tenaga atom kebangsaan yang mengehadkan aktiviti nuklear kepada tujuan awam.

Langkah keselamatan telah dipertingkatkan, serta pengurusan sisa radioaktif mengikut piawai amalan terbaik.

Pada tahun 2021, pesaing ekonomi Arab Saudi, iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa loji kuasa nuklear Barakah miliknya telah memulakan operasi sebagai yang pertama di dunia Arab.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu