fb fb fb fb fb

Adidas kalah kes 'tiga jalur' lawan Thom Browne

(Pereka Thom Browne tiba di Mahkamah Persekutuan Manhattan di
New York City, 3 Januari 2023/REUTERS)

NEW YORK, 13 Januari- Juri Manhattan pada Khamis berkata Adidas AG gagal membuktikan jenama mewah Thom Browne Inc menggunakan jalur pada pakaiannya dan melanggar tanda dagangan tiga jalur 'tredemark' gergasi pakaian sukan itu.

Juri mendapati reka bentuk jalur selari Thom Browne tidak mungkin menyebabkan kekeliruan pengguna dengan produk Adidas, menamatkan perbicaraan yang bermula sejak 3 Januari. Thom Browne telah berhujah bahawa, antara lain, reka bentuknya mempunyai bilangan jalur yang berbeza.

Jurucakap Adidas berkata dalam e-mel bahawa syarikat itu kecewa dengan keputusan itu tetapi akan terus menguatkuasakan harta intelek mereka dengan berhati-hati, termasuk memfailkan sebarang rayuan yang sesuai.

Jurucakap Thom Browne Inc pula berkata syarikat itu gembira dengan keputusan tersebut.

Adidas menyaman jenama pereka New York Thom Browne pada 2021, mendakwa corak jalur empat bar dan "Grosgrain" Thom Browne pada kasut dan pakaian aktif mewahnya melanggar hak tanda dagangan tiga jalur Adidas.

Adidas kemudiannya telah memfailkan lebih 90 tindakan undang-undang dan menandatangani lebih daripada 200 perjanjian penyelesaian sejak 2008 berkaitan tanda dagangan itu, menurut dokumen mahkamah dalam kes berkenaan.

Thom Browne sebelum ini menggunakan reka bentuk tiga bar pada pakaiannya, menukarnya kepada reka bentuk empat jalur selepas Adidas membantah pada 2007.

Thom Browne berkata kekeliruan antara reka bentuk syarikat tidak mungkin berlaku kerana mereka beroperasi dalam pasaran yang berbeza, melayani pelanggan yang berbeza, dan menawarkan produk mereka pada titik harga yang sangat berbeza.

Bahkan, katanya jalur adalah elemen reka bentuk biasa untuk pakaian.-REUTERS


(Pereka Thom Browne tiba di Mahkamah Persekutuan Manhattan
di New York City, 3 Januari 2023/REUTERS)

Media Baharu