fb fb fb fb fb

Enam terbunuh puting beliung landa Alabama

(FOTO REUTERS)

WASHINGTON, 13 Januari- Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh pada Khamis apabila puting beliung dan ribut kuat melanda negeri selatan Amerika Syarikat (AS), Alabama.

Ribut berterusan ke timur melanda negeri jiran Georgia, di mana Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengekalkan amaran puting beliung pada awal petang.

Gabenor Alabama Kay Ivey menulis tweet bahawa dia "sedih apabila mengetahui bahawa enam rakyat Alabama hilang akibat ribut."

Mangsa terbunuh di Daerah Autauga, kata timbalan pengarah perkhidmatan kecemasan Gary Weaver kepada AFP.

Puting beliung di Dallas County juga, menyebabkan bumbung-bumbung bangunan tercabut "kerosakan yang ketara," menurut Datuk Bandar Selma James Perkin.

Perkins turut menyeru penduduk supaya menjauhi jalan raya dan menjauhkan diri daripada talian elektrik yang terputus.

"Krew perbandaran akan dikerahkan secepat mungkin untuk kerja pembersihan," tambah bandar itu di Facebook.

Daerah lain yang mengisytiharkan darurat termasuk Chambers, Coosa, Elmore dan Tallapoosa.

Puting beliung, fenomena cuaca yang sukar diramalkan, agak biasa di Amerika Syarikat, terutamanya di bahagian tengah dan selatan negara itu.

Pada akhir November, 36 puting beliung dilaporkan berlaku di Alabama dan Mississippi, menyebabkan dua orang maut.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu