fb fb fb fb fb

Tiga lagi penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel

FOTO AFP

QALANDIA, 13 Januari- Tiga penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Palestin.

Tentera regim melepaskan tembakan terhadap suspek yang melarikan diri dan mendakwa dilontar dengan batu.

Peningkatan keganasan di Tebing Barat meneruskan trend tahun lalu iaitu yang terburuk sejak 2005.

Kebimbangan terhadap peningkatan ketenteraan di wilayah itu tercetus pada akhir Disember ketika pentadbiran haluan kanan diketuai oleh Benjamin Netanyahu.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Habib Mohammed Abdul Rahman Kamil, 25 tahun dan Abdulhadi Nazal, 18 terbunuh dalam serangan peluru hidup di bandar Qabatiya berhampiran bandar Jenin.

Tentera Israel mendakwa seorang suspek yang dikehendaki dan seorang lagi suspek melarikan diri dalam serbuan di Qabatiya sebelum askar Israel menembak dua lagi penduduk Palestin.

Tebing Barat yang diduduki dalam Perang Enam Hari pada 1967 menempatkan kira-kira 2.9 juta rakyat Palestin.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu