fb fb fb fb fb

IMF tidak turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2023

FOTO AFP

WASHINGTON, 13 Januari- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijangka tidak akan menurunkan unjuran pertumbuhan 2.7% ekonomi dunia tahun ini.

Badan kewangan dunia itu menyifatkan 2023 sebagai tahun mencabar bagi ekonomi sejagat dan kadar inflasi tidak berganjak.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva memberitahu perkembangan positif 2023 hanya melibatkan daya tahan pasaran buruh.

Beliau berkata, selagi orang ramai masih bekerja, mereka akan tetap berbelanja dan ia membantu meningkatkan prestasi ekonomi.

Georgieva menambah, IMF juga tidak menjangkakan sebarang kemelesetan utama sebaliknya menjangkakan China akan sekali lagi menyumbang kepada pertumbuhan global, berkemungkinan mulai pertengahan 2023.


(FOTO AFP)

Bagaimanapun ia bergantung jika Beijing tidak mengubah haluan dan kekal kepada rancangannya untuk memansuhkan dasar sifar COVID-19.

Beberapa faktor penyumbang ketidaktentuan ekonomi tahun ini termasuk perubahan iklim yang ketara dan konflik Rusia di Ukraine yang tiada kesudahan.-AFP

Media Baharu