fb fb fb fb fb

Peguam negara AS lantik peguam khas, siasat kes dokumen sulit Joe Biden

FOTO AFP

WASHINGTON, 13 Januari- Peguam Negara Amerika Syarikat, Merrick Garland mengumumkan pelantikan peguam khas untuk menyiasat urusan berkaitan dokumen sulit Presiden, Joe Biden.

Pelantikan Robert Hur dibuat selepas penemuan dua kumpulan dokumen sulit dalam simpanan Biden semasa beliau menjadi naib presiden.

Pelantikan itu telah dimaklum kepada Ahli Dewan Kongres dan Garland telah menandatangani perintah melantik Hur untuk menyiasat mana-mana individu atau entiti yang melanggar undang-undang.

White House sebelum ini berkata, lebih banyak dokumen sulit ditemui di ruang penyimpanan garaj rumah Biden di Wilmington, Delaware.

Sebelum ini, peguam Biden menemui kumpulan pertama kira-kira 10 dokumen dalam almari berkunci di Pusat Diplomasi dan Penglibatan Global Penn Biden ketika bersiap mengosongkan ruang pejabat itu sebelum diserah kepada Pentadbiran Arkib dan Rekod Negara.

Antara dokumen yang ditemui termasuk memo perisikan Amerika Syarikat dan bahan taklimat berkaitan Ukraine, Iran dan United Kingdom.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu