fb fb fb fb fb

AS-China mulakan rundingan, redakan perang perdagangan

Sebuah kediaman peribadi di pinggir bandar Geneva disyaki menjadi lokasi perbincangan antara delegasi China dan AS/ Reuters

GENEVA, 10 Mei- Naib Perdana Menteri China He Lifeng mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Sabtu di sini dalam langkah pertama ke arah meredakan perang perdagangan yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer dijadualkan bertemu He di Geneva selepas berlaku ketegangan dalam perang tarif yang semakin meningkat sekali gus menyaksikan duti ke atas import barangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu melonjak jauh melebihi 100 peratus.

Pertikaian perdagangan itu, ditambah keputusan Presiden AS Donald Trump bulan lalu untuk mengenakan duti ke atas berpuluh-puluh negara lain.

Tindkaan berkenaan telah mengganggu rantaian bekalan, pasaran kewangan dan mencetuskan kebimbangan kemerosotan global secara mendadak.

Bagaimanapun lokasi perbincangan itu dirahsiakan, meskipun saksi melihat puluhan kereta polis berada di sebuah kediaman peribadi di pinggir bandar Geneva.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI