fb fb fb fb fb

Pelarasan dasar monetari China beri pulangan ketara pada suku pertama

Wang kertas yuan dikira menggunakan mesin pengira tunai/ Reuters

BEIJING, 10 Mei- Pelarasan balas kitaran dasar monetari China membuahkan hasil ketara pada suku pertama 2025.

Dapatan berkenaan dikeluarkan bank pusat negara itu, People's Bank of China (PBOC).

Menurut laporan dasar monetari suku pertama 2025 PBOC, jumlah kewangan telah berkembang pada kadar stabil dan struktur kredit dioptimumkan secara berterusan.

Sementara itu kadar pertukaran mata wang China, yuan secara am kekal stabil pada tahap munasabah dan seimbang.

Laporan itu juga melaporkan bahawa PBOC akan melaksanakan dasar monetari sederhana longgar dengan lebih baik.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI