MUSCAT, 10 Mei- Iran bersetuju untuk mengadakan rundingan nuklear tidak langsung pusingan ke-4 dengan Amerika Syarikat pada Ahad di Oman, lapor Agensi Berita Tasnim.
Perkara itu sebagai meujuk kepada kenyataan seorang ahli pasukan Iran.
Rundingan pusingan keempat, yang pada mulanya dijadualkan pada 3 Mei di Rom namun ditangguhkan atas alasan "logistik".
"Berikutan cadangan Menteri Luar Oman untuk mengadakan rundingan pusingan ke-4 pada Ahad, Tehran telah mengumumkan persetujuannya.
"Pusingan ke-4 rundingan Iran-AS di Oman telah dimuktamadkan," kata Tasnim memetik kenyataan anggota delegasi Iran.
Presiden AS Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 antara Iran dan kuasa dunia.
AS juga mengancam untuk mengebom Iran jika tiada persetujuan dicapai dengan pentadbirannya untuk menyelesaikan pertikaian yang telah lama berlarutan.- Reuters