fb fb fb fb fb

Tetsuya Yamagami didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Abe

(FOTO REUTERS)

TOKYO, 13 januari- Suspek kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berdepan pertuduhan di mahkamah hari ini selepas penilaian mental mendapati dia layak dibicarakan mengikut lunas undang-undang.

Tetsuya Yamagami telah ditahan serta-merta dia didakwa menebak Abe dengan pistol buatan sendiri ketika bekas pemimpin itu membuat ucapan kempen pilihan raya di luar stesen kereta api di Nara di barat Jepun pada Julai 2022.

Lelaki berusia 42 tahun itu menghabiskan masa lebih enam bulan menjalani penilaian mental di pusat tahanan di Osaka, yang berakhir awal minggu ini sebelum ditempatkab kembali dalam tahanan polis di Nara.

Jurucakap Mahkamah Daerah Nara, Kenichiro Nomura berkata kepada AFP, Yamagami berdepan tuduhan membunuh dan melanggar undang-undang kawalan senjata.

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Polis berkata, Yamagami memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh Abe iaitu antara ahli politik Jepun yang paling berpengaruh kerana hubungan jelas Abe dengan kumpulan agama yang dia benci.

Dalam kenyataannya dan dalam siaran media sosial yang dikaitkan dengannya, Yamagami berkata, dia berdendam kerana ibunya membuat sumbangan besar-besaran kepada Gereja Penyatuan yang memufliskan keluarganya dan merosakkan hidupnya.

(Tetsuya Yamagami didakwa di mahkamah pada Jumaat/AFP)

Abe, yang diberikan pengebumian negeri yang jarang berlaku, bukan ahli gereja tetapi telah bercakap dengan kumpulan gabungan, seperti penceramah terkenal lain seperti Donald Trump.

Diasaskan di Korea pada tahun 1954 oleh Sun Myung Moon, gereja itu menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun 1970-an dan 80-an.

Siasatan selepas kematian Abe mendedahkan hubungan rapat antara gereja dan ramai penggubal undang-undang pemerintah konservatif, termasuk seorang menteri yang telah meletak jawatan.

Pembunuhan itu juga meningkatkan penelitian mengenai hubungan keluarga Abe yang didakwa sudah lama terjalin dengan mazhab itu terutama datuknya, bekas perdana menteri Nobusuke Kishi.

Pendedahan itu menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kishida telah mengarahkan siasatan kerajaan yang boleh menyaksikan Gereja Penyatuan kehilangan status pengecualian cukainya di Jepun, walaupun ia masih boleh terus beroperasi.

Kerajaannya juga telah meluluskan peraturan mengetatkan undang-undang berkaitan derma agama. -AFP

Media Baharu