fb fb fb fb fb

80 lagi maut di Gaza dalam tempoh 24 jam

Foto AFP

GAZA, 7 Julai - Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 57,418 orang, manakala lebih 136,000 cedera sejak konflik antara Israel dengan Hamas tercetus pada 7 Oktober 2023.

Kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza menyebut, dalam tempoh 24 jam terakhir, rejim Zionis telah membunuh sekurang-kurangnya 80 warga Palestin dan mencederakan 304 yang lain.

Sejak Israel menyambung semula operasi ketenteraannya di Gaza pada 18 Mac selepas satu tempoh gencatan senjata singkat, sekurang-kurangnya 6,860 warga Palestin terbunuh dan 24,220 lagi cedera.

Tentera Israel dalam satu kenyataan pada Ahad mendakwa telah menyerang kira-kira 130 lokasi di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Serangan didakwa menyasarkan struktur pusat pemerintahan, serta kemudahan simpanan, senjata, pelancar roket dan beberapa anggota pejuang yang tidak dinyatakan bilangannya di Bandar Gaza dan Jabalia.

Serangan udara itu dilancarkan ketika Israel menghantar pasukan perunding ke Qatar untuk mengadakan rundingan dengan Hamas mengenai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan. - REUTERS

MASNIZA AWANG KECHIK