fb fb fb fb fb

AS jangka kuat kuasa tarif baharu 1 Ogos

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent./REUTERS

WASHINGTON, 7 Julai - Amerika Syarikat (AS) akan menguatkuasakan tarif import baharu bermula 1 Ogos jika rakan dagangnya termasuk Taiwan dan Kesatuan Eropah gagal mencapai perjanjian perdagangan dengan Washington.

Setiausaha Perbendaharaannya, Scott Bessent berkata, tarif yang diumumkan Presiden Donald Trump pada 2 April lalu ditangguhkan untuk memberi ruang kepada rundingan dan menetapkan tarikh akhir 9 Julai bagi memuktamadkan sebarang perjanjian.

Beliau berkata, setakat ini, AS telah memeterai perjanjian dengan United Kingdom dan Vietnam, manakala Washington dan Beijing bersetuju untuk menurunkan kadar levi antara satu sama lain secara sementara.

Bessent dalam temubual bersama stesen Fox News berkata, pentadbiran Trump kini juga hampir mencapai beberapa perjanjian penting dan beberapa keputusan besar akan diumumkan dalam terdekat.

Sebelum ini, Trump pada Jumaat memaklumkan pelaksanaan tarif baharu berkenaan akan mula dikuatkuasakan 1 Ogos ini.

Katanya, beliau sudah menandatangani 12 surat berkaitan kadar tarif import yang dijangka dihantar kepada beberapa negara mulai Isnin.

Tarif tersebut adalah sebahagian daripada langkah besar yang diumumkan pada April, selepas Trump mengenakan duti 10% ke atas hampir semua import dari negara-negara perdagangan utama.

Beberapa negara kini masih dan sedang berunding untuk mendapatkan pengecualian daripada kenaikan duti tersebut. - REUTERS

KHAIRUL AMRI BIN YASIN