(Seorang lelaki sedang menyusun barang di sebuah pasar raya di Washington/REUTERS)
WASHINGTON, 12 Januari- Inflasi pengguna di Amerika Syarikat merosot pada bulan Disember lepas ke paras terendah dalam tempoh lebih setahun, menandakan kenaikan harga yang paling teruk mungkin sudah berakhir.
Ketika isi rumah bergelut dengan inflasi yang tinggi sepanjang tahun lepas, Rizab Persekutuan menaikkan kadar pinjaman penanda arasnya pada kekerapan tidak pernah disaksikan sejak 1980-an dengan harapan dapat menstabilkan ekonomi terbesar dunia itu.
Di sebalik kempen agresif itu, indeks harga pengguna (IHP) meningkat 6.5% berbanding setahun lalu bulan lepas, peningkatan terkecil sejak Oktober 2021, kata Jabatan Buruh.
Angka tahunan juga turun daripada kenaikan 7.1% pada November.
"Indeks bagi petrol setakat ini merupakan penyumbang terbesar kepada penurunan semua barangan bulanan," kata Jabatan Buruh dalam satu kenyataan.
Ini lebih daripada mengimbangi peningkatan dalam komponen tempat perlindungan, tambah jabatan itu, dengan sewa yang tinggi masih meningkatkan kos pengguna.
Antara November hingga Disember, IHP merosot 0.1%, kali pertama dalam tempoh dua tahun ia mencatatkan penguncupan bulan ke bulan, data menunjukkan. -AFP
(Inflasi tahunan AS jatuh ke kadar paling perlahan/REUTERS)