fb fb fb fb fb

Twitter rancang kenakan bayaran AS$20 dolar sebulan ke atas pengguna

FOTO REUTERS

SAN FRANCISCO, 31 Oktober- Twitter merancang mengenakan bayaran 20 dolar sebulan ke atas pengguna sebagai pengesahan atau verified.

Ia sebahagian daripada pelan baik pulih platform media sosial itu seperi diumumkan Elon Musk, selepas mengambil alih Twitter

Pekerja yang terlibat dalam projek itu dimaklumkan pada Ahad bahawa mereka perlu melancarkan ciri itu menjelang 7 November atau mereka akan kehilangan pekerjaan.

Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter dengan belian bernilai AS$44 bilion dolar.

Ciapan beliau pada Ahad memaklumkan keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak.

Twitter pada Jun tahun lalu memperkenalkan ciri baharu dikenali Twitter Blue dengan tawaran premium menerusi langganan bulanan menolehkan untuk menyunting ciapan.

Musk melancarkan tinjauan pendapat pada April lalu menunjukkan lebih 70 peratus pengguna mahukan ciri baharu itu.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu