CANBERRA, 11 Ogos - Australia akan mengiktiraf Palestin, september ini di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
“Australia akan mengiktiraf hak rakyat Palestin ke atas negeri mereka sendiri, berdasarkan komitmen yang diterima negara itu daripada pihak berkuasa Palestin,” katanya.
Albanese menambah, pihaknya akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menjadikan perkara tekenyataan.
Perancis dan Kanada bulan lalu merancang untuk mengiktiraf Palestin, manakala Britain, akan mengikutinya melainkan Israel menangani krisis kemanusiaan di wilayah Palestin dan mencapai gencatan senjata.
Keputusan negara-negara besar di blok barat tersebut dikecam Israel dan menyifatkan ia merupakanganjaran kepada pejuang Hamas.-REUTERS