fb fb fb fb fb

Protes di Iran, himpunan memperingati mangsa kekejaman polis

FOTO AFP

TEHRAN, 31 Oktober- Ratusan pelajar universiti berhimpun di Arak, Iran bagi memperingati penunjuk perasaan yang gugur sepanjang demonstrasi yang berlangsung sejak kematian Mahsa Amini.

Ia juga usaha kelompok tersebut membakar semangat orang awam bagi meneruskan tuntutan menambah baik hak asasi manusia di negara Islam konservatif tersebut.

Tunjuk perasaan yang kini masuk minggu ke tujuh itu menyaksikan peningkatan jumlah korban dengan wanita menjadi sasaran utama pembantaian oleh polis antirusuhan.

Situasi di Iran kian meruncing dengan rusuhan boleh meletus pada bila-bila, termasuk penangkapan berleluasa yang berlaku hampir setiap hari.

Ia turut menarik perhatian dunia dengan sokongan terus diberi kepada kelompok pro hak asasi.

Tekanan terus diberi kepada rejim Mullah yang dilihat berselindung dan mempertahankan Polis Moral yang dituduh terlibat dalam kes kematian gadis kurdi ketika dalam tahanan.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu