fb fb fb fb fb

Gelandangan di arah keluar "segera' dari Washington D.C

 

WASHINGTON D.C, 11 Ogos - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan semua gelandangan di ibu negara Washington D.C segera berpindah keluar, walaupun Datuk Bandar, Muriel Bowser, menyatakan tiada peningkatan jenayah semasa.

"Golongan gelandangan perlu berpindah keluar, segera. Kami akan memberi anda tempat tinggal, tetapi jauh dari ibu negara."

Beliau turut menambah bahawa penjenayah “tidak perlu keluar” kerana mereka akan “dimasukkan ke penjara seperti sepatutnya.”.

Trump mengeluarkan arahan itu di platform Truth Social pada Ahad.

Trump akan mengadakan sidang akhbar hari ini berhubung rancangannya untuk "menghentikan jenayah kekerasan di Washington, D.C."

Seorang kakitangan White House berkata bahawa lebih ramai pegawai penguatkuasa undang-undang persekutuan dikerah di bandar itu berikutan serangan ganas ke atas kakitangan pentadbiran Trump yang menimbulkan kemarahan Presiden.

Bowser menolak dakwaan bahawa bandar itu sedang mengalami lonjakan jenayah.

Menurutnya kadar jenayah ganas telah menurun sebanyak 26 peratus dalam tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 2024.

Trump sebelum ini menandatangani perintah eksekutif yang memudahkan penangkapan gelandangan dan mengarahkan penempatan semula mereka ke kawasan luar bandar. -REUTERS

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN