fb fb fb fb fb

Lelaki bunuh diri selepas serangan bom api, motif serangan dalam siasatan polis

FOTO REUTERS

DOVER, 31 Oktober - Seorang lelaki membunuh diri selepas melakukan serangan bom api di ibu pejabat imigresen di bandar Dover, England.

Tindakan itu menyebabkan dua cedera dan lebih 700 pendatang terpaksa dipindahkan.

Saksi kejadian memberitahu, suspek lelaki melontar tiga bom api ke tempatan kejadian sebelum melarikan diri dengan memandu sebuah kenderaan ke sebuah stesen minyak dan membunuh diri.

Polis mengesahkan suspek telah dikenal pasti dan ditemui di stesen minyak berkenaan namun telah meninggal dunia.

Motif serangan masih dalam siasatan polis.

Pejabat imigresen di Dover sinonim dengan pengurusan pencari suaka membabitkan migran yang tiba ke negara itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Dover, Natalie Elphicke menyarankan agar pusat imigresen tersebut meningkatkan langkah berjaga-jaga.

Katanya, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan memandangkan ia pusat penempatan ribuan migran yang memasuki negara itu secara tidak sah.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu