fb fb fb fb fb

Letupan bom kereta di Mogadishu ragut 100 nyawa

FOTO REUTERS

MOGADISHU, 31 Oktober- Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera dalam satu letupan bom kereta yang turut memusnahkan bangunan kementerian pendidikan di Mogadishu.

Menurut polis, sebuah kenderaan yang penuh dengan bahan letupan telah merempuh bangunan tersebut yang menyebabkan letupan pertama dan kemudian diikuti letupan kedua.

Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud berkata siasatan sedang dijalankan dan tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa akan bertambah.

Kumpulan pelampau Al-Shabab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab.

Presiden Mohamud mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap sebarang aktiviti keganasan serta berikrar untuk meningkatkan serangan ke atas kedudukan musuh.

Hasrat ini telah disokong Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang turut mengecam kejadian tersebut.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu