fb fb fb fb fb

Volume hab logistik SCO cecah 365 juta tan sejak 2015

Foto Reuters

LIANYUNGANG, 6 Julai - Jumlah keseluruhan volume logistik yang dikendalikan oleh hab logistik antarabangsa Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, mencapai 365 juta tan sejak ia ditubuhkan pada Julai 2015, menurut Kastam Nanjing.

Dalam tempoh sama, hab logistik berkenaan merekodkan pendapatan perniagaan utama dalam sektor logistik sebanyak 22.53 bilion yuan, bersamaan kira-kira AS$3.14 bilion.

Bagi separuh pertama tahun 2025 sahaja, jumlah volume logistik yang dikendalikan mencecah 39.59 juta tan, meningkat 15.92 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sebanyak 426 tren berlepas dari hab tersebut sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kargo “pengangkutan gabungan jalan-rel” antara China, Kyrgyzstan dan Uzbekistan, peningkatan sebanyak 46.39 peratus dari tahun ke tahun.

Hab logistik itu kini mengendalikan sistem pengangkutan pelbagai mod yang menghubungkan jalan raya, rel kereta api, sungai dan laut. Ia turut menubuhkan enam gudang luar negara di rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara, sekali gus mengukuhkan keupayaan perkhidmatan logistik antarabangsa China secara menyeluruh.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN