fb fb fb fb fb

Jutawan Rusia lepaskan kewarganegaraan, kecewa konflik di Ukraine

(Oleg Tinkov)

PARIS, 1 November- Jutawan bank dan usahawan Oleg Tinkov  melepaskan kerakyatan Rusianya kerana konflik di Ukraine, yang sebelum ini dikritiknya.

"Saya telah mengambil keputusan untuk keluar dari kewarganegaraan Rusia saya. Saya tidak boleh dan tidak akan dikaitkan dengan negara fasis, yang memulakan perang dengan jiran mereka dan membunuh orang yang tidak bersalah setiap hari," kata Tinkov.

"Saya harap lebih ramai ahli perniagaan Rusia yang terkemuka akan mengikuti saya, jadi ia melemahkan (Presiden Vladimir) rejim Putin dan ekonominya, dan akhirnya menyebabkan dia kalah," tulisnya di Instagram pada Isnin.

Tinkov turut berkongsi gambar sijil yang mengesahkan kewarganegaraan Rusianya ‘berakhir’.

"Saya benci Rusia milik Putin, tetapi sayang semua orang Rusia yang jelas menentang perang gila ini!" tambahnya.

Jutawan itu ialah salah seorang taikun ‘self-made’ yang terkenal di Rusia dan mengasaskan Tinkoff Bank dalam talian.

Bank itu adalah salah satu pemberi pinjaman terbesar di Rusia, di belakang syarikat gergasi negara Sberbank dan VTB. Tinkoff mempunyai kira-kira 20 juta pelanggan.

Tinkov telah mengkritik sekeras-kerasnya serangan Rusia di Ukraine, menyifatkan ia sebagai ‘perang gila’ ketika dia menyeru Barat untuk menamatkan ‘pembunuhan beramai-ramai’ itu.

Dia juga telah menjadi sasaran sekatan British yang dikenakan sejurus selepas konflik bermula pada akhir Februari.

Tinkov sebelum ini ditangkap di London pada 2020 atas tuduhan mengelak cukai di Amerika Syarikat sebelum kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan dirawat kerana leukemia di London.

Dia berhenti daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tinkoff pada 2020.-AFP


(Oleg Tinkov)

Media Baharu