NEW DELHI, 1 November - Sembilan ditahan susulan runtuhan jambatan gantung di negeri Gujarat barat India yang mengorbankan sekurang-kurangnya 141 orang.
Mereka yang bekerja di syarikat yang menyelenggara jambatan itu di daerah Morbi disiasat atas tuduhan membunuh tanpa niat.
Kejadian petang Ahad itu berlaku apabila sebuah jambatan era British runtuh hanya seminggu selepas pengubahsuaian.

Ketua polis tempatan, P Dekavadiya berkata mangsa termasuk kira-kira 50 kanak-kanak dengan yang paling muda, kanak-kanak lelaki dua tahun.
Seorang anggota parlimen tempatan memaklumkan beliau kehilangan 12 anggota keluarga dalam kejadian itu, termasuk lima anak.
Ketua Pegawai Perbandaran Morbi berkata jambatan itu belum diberikan sijil keselamatan selepas kerja-kerja pembaikan baru-baru ini.
Perdana Menteri, Narendra Modi mengarahkan siasatan terperinci dilakukan
Jambatan sepanjang 232 meter yang menjadi ikon pelancongan popular bandar Morbi sedang digunakan beratus-ratus pengunjung sebelum ia tiba-tiba runtuh.-AFP