fb fb fb fb fb

50 negara kutuk pencabulan hak asasi manusia di wilayah Xinjiang

AMERIKA SYARIKAT, 1 November - Sebanyak 50 negara mengutuk pencabulan hak asasi manusia di wilayah Xinjiang China, ketika perbahasan di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Kami amat bimbang tentang situasi hak asasi manusia di Republik Rakyat China, terutamanya pencabulan hak asasi manusia yang berterusan terhadap Uyghur dan minoriti lain yang kebanyakannya Islam di Xinjiang," kata satu kenyataan, yang dibacakan Kanada semasa perbahasan Perhimpunan Agung PBB Jawatankuasa ketiga, yang mengendalikan hak asasi manusia.

Ia melibatkan jenayah kemanusiaan terhadap Uyghur dan minoriti Islam yang lain.

Antara negara tersebut ialah Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis, Australia, Turki, Guatemala dan Somalia.

(FOTO AFP)

Kesemua negara itu bersetuju menandatangani keyataan bersama yang dibacakan Kanada semasa perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Beijing dalam kenyataan balas bagaimanapun menolak dakwaan itu, mendakwa mereka sekadar memerangi keganasan.

"Pelanggaran hak asasi manusia yang teruk dan sistematik seperti itu tidak boleh dibenarkan atas dasar memerangi keganasan. Memandangkan graviti penilaian OHCHR, kami bimbang China setakat ini enggan membincangkan penemuannya," tambah kenyataan itu. - AFP

Media Baharu