fb fb fb fb fb

Korea arah wujudkan sistem kawalan orang ramai untuk acara spontan

(FOTO FAIL AFP)

SEOUL, 1 November - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengarahkan kerajaan melaksanakan sistem kawalan ke atas orang ramai untuk acara yang tidak teratur dan spontan.

Ini susulan kematian sekurang-kurangnya 154 orang dalam tragedi rempuhan ketika pesta Halloween di Seoul.

Arahan Yoon dibuat pada mesyuarat mingguan dengan Perdana Menteri, Han Duck-soo pada Isnin.

Presiden Yoon menyuarakan kesedihan selain merasa bertanggungjawab ke atas nyawa dan keselamatan rakyat.

(FOTO FAIL AFP)

Presiden Yoon menekankan perlunya memperkenal sistem kawalan keselamatan pencegahan kemalangan orang ramai bagi acara kumpulan spontan yang tidak mempunyai penganjur.

Presiden juga meminta bantuan menyeluruh untuk persiapan pengebumian dan rawatan perubatan bagi yang cedera, serta siasatan lengkap mengenai punca kemalangan dan pendedahan hasil siasatan secara telus.

Presiden Yoon sebelum ini mengisytiharkan tempoh berkabung nasional hingga Sabtu dan mengarahkan bendera dikibar separuh tiang di pejabat kerajaan.

Sepanjang tempoh berkabung Yoon akan menangguhkan sesi soal jawab harian dengan wartawan untuk memberi tumpuan kepada usaha menangani kesan akibat insiden itu.-AFP

Media Baharu