fb fb fb fb fb

Beratus-ratus individu berhimpun di Karachi, sokong tentera Pakistan

Perhimpunan di Karachi menunjukkan sokongan kepada tentera Pakistan susulan konflik dengan India/ Reuters

KARACHI, 9 Mei- Beratus-ratus penduduk di Karachi menghadiri perhimpunan di bandar itu untuk menunjukkan sokongan kepada tentera Pakistan.

Timbalan Kanan Pergerakan Muttahida Qaumi Pakistan Farooq Sattar berkata, semua parti politik memberi sokongan kepada tentera negara itu.

"Negara Pakistan berdiri di belakang tentera Pakistan. Paling penting semua parti politik dan pemimpin politik Pakistan, mengetepikan semua perbezaan mereka. Semua parti politik seluruh negara berdiri bersama tentera Pakistan," katanya.

Ia susulan serangan berterusan antara Pakistan dengan India.

Dalam konfrontasi terbaru, India melaporkan negara itu terkena serangan dron dan peluru berpandu ke atas stesen tentera di sekitar wilayah Kashmir.

Konflik kedua-dua negara tercetus berikutan serangan maut di Kashmir pada 22 April lalu dan New Delhi menyifatkan Islamabad bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.

Dua hari pertempuran antara Pakistan dan India menyebabkan hampir 48 individu terbunuh.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI