fb fb fb fb fb

India 'reka cerita' serangan Pakistan ke atas tentera

Timbalan Perdana Menteri Pakistan Ishaq Dar dan Jurucakap Tentera Pakistan Ahmed Sharif Chaudhry/ Reuters

ISLAMABAD, 9 Mei- Tentera Pakistan menuduh India "mereka cerita" selepas mendakwa Pakistan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas stesen tentera di seluruh Kashmir yang ditadbir India.

Jurucakap Tentera Pakistan Ahmed Sharif Chaudhry menyifatkan tuduhan itu sebagai cerita yang sengaja digembar-gemburkan.

"Anda hanya boleh ketawa mengenainya. Saya akan bertanya beberapa soalan mengenai perkara ini. Soalan pertama ialah, adakah kerajaan India dan angkatan tentera mereka hidup dalam abad ke-18 atau abad ke-21?

"Kerana pada abad ke-21, setiap projektil meninggalkan jejak digital dan kesan," kata Chaudhry semasa siaran langsung di televisyen.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa 29 dron dari India berjaya dipatahkan.

"Hanya satu yang berjaya menyerang sebahagian sasarannya, menyebabkan beberapa kerosakan peralatan dan mencederakan empat askar kami.

"Bagaimanapun, musuh (India) tidak membezakan antara tentera, orang awam dan kanak-kanak. Jadi serangan itu menyebabkan empat cedera dan empat maut," katanya.

Dua hari peperangan tercetus antara Pakistan dan India, ia telah mengakibatkan hampir 48 individu maut.

Konflik antara kedua-dua negara itu tercetus akibat serangan maut di Kashmir pada 22 April lalu.

New Delhi menuduh kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan Islamabad.

Selain itu, Islamabad juga memintas lima serangan pesawat India pada Rabu namun kedutaan India di Beijing menafikan perkara itu.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI