PYONGYANG, 9 Mei- Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyelia ujian peluru berpandu balistik jarak dekat dan artileri jarak jauh pada Khamis.
Agensi berita KCNA melaporkan, Jong Un menekankan kepentingan kesediaan tempur pasukan nuklear negara itu.
Ujian itu, juga termasuk pemeriksaan kebolehpercayaan operasi sistem "pencetus nuklear" yang direka untuk memastikan tindak balas pantas menentang ketenteraan serantau.
Menurut agensi berita KCNA, sistem roket pelancar berganda 600 mm dan peluru berpandu balistik taktikal Hwasong-11 telah digerakkan untuk ujian itu.
Korea Selatan dan Jepun pada Khamis melaporkan beberapa peluru berpandu balistik ditembak dari pantai timur Korea Utara yang dipercayai sebagai ujian prestasi peluru berpandu jarak dekat.
Menurut pegawai Ukraine dan Barat, Hwasong-11 yang dikenali di peringkat antarabangsa sebagai KN-23 merupakan satu siri peluru berpandu balistik jarak sedang dibekalkan ke Rusia.
Ia digunakan Moscow untuk menyerang Ukraine.- Reuters