fb fb fb fb fb

Konflik India-Pakistan: Lima orang awam terbunuh

Kawalan di sempadan India-Pakistan / AFP

MUZAFFARABAD, 9 Mei- Lima orang awam terbunuh dalam serangan artileri oleh tentera India di sekitar kawasan bersempadanan wilayah Kashmir.

Perkara itu dinyatakan seorang pegawai kerajaan pada Jumaat.

"Tentera India membedil kawasan awam ... mengakibatkan kematian empat orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

"Serangan turut menyebabkan 12 yang lain, cedera," kata pegawai polis, Adeel Khan yang berpangkalan di daerah Kotli kepada AFP.

Beliau berkata, serangan itu berterusan sehingga lewat malam.

"Sebagai tindak balas, tentera Pakistan melakukan serangan balas yang kuat, dengan membedil tiga pos kawalan tentera India berhampiran Garis Kawalan.

Sementara itu di Muzaffarabad, ibu kota Kashmir yang ditadbir Pakistan, seorang pegawai kanan kerajaan yang enggan namanya disiarkan mengesahkan kematian di Kotli.

Katanya, lima orang kelima terbunuh di daerah Bagh.

"Sebutir peluru mortar yang dilepaskan oleh tentera India mengenai sebuah rumah awam di Bagh, mengakibatkan kematian seorang lelaki muda dan mencederakan dua adik perempuannya." katanya. AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID