fb fb fb fb fb

EU tolak cubaan ubah komposisi demografi Gaza

Wakil Peringkat Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Kaja Kallas / AFP

WARSAW, 9 Mei- Wakil Peringkat Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kaja Kallas dengan tegas menolak sebarang cubaan untuk mengubah komposisi demografi atau sempadan geografi Semenanjung Gaza, termasuk pemindahan paksa rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Bercakap pada sidang media di ibu kota Poland, Warsaw selepas mesyuarat tidak rasmi menteri luar EU, Kallas menyuarakan kebimbangan mendalam EU terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza.

Beliau memaklumkan yang menteri luar sebulat bersetuju suara yang keadaan kemanusiaan di wilayah itu kini terlalu teruk dan semakin memburuk dengan pantas.

Kallas turut menggesa pihak berkuasa pendudukan Israel agar segera menarik balik sekatan dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Gaza.

Mengenai situasi di Syria, Kallas menyambut baik pendirian Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menggesa agar sekatan terhadap Syria dilonggarkan, sambil menjelaskan yang perkara itu sedang dibincangkan dalam kalangan institusi EU.- BERNAMA-QNA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE