fb fb fb fb fb

China laksana sekatan pergerakan sementara, usaha bendung penularan COVID-19

BEIJING, 31 Oktober - China mula melaksanakan sekatan pergerakan sementara dan penutupan beberapa lokasi tumpuan awam sebagai usaha untuk membendung penularan COVID-19.

Ia susulan peningkatan kes baharu melebihiĀ dua kes selama dua hari berturut-turut.

Di wilayah Guangdong, pusat pembuatan barangan Guangzhou mengesan kes yang semakin meningkat sepanjang minggu lalu yang memaksa 11 daerah ditutup.

Sepanjang minggu lalu, pihak berkuasa bergelut untuk menangani kenaikan kes di Datong, Xining, Nanjing, Xian, Zhengzhou dan Wuhan.

Ia memaksa langkah sekatan pergerakan dikuatkuasakan di beberapa kawasan kejiranan.

Sementara itu, beberapa bandar di utara China yang berhampiran dengan sempadan antarabangsa merekodkan peningkatan kes.

Situasi itu memaksa sekatan baharu turut dikenakan bagai membendung penularan terutama menjelang musim sejuk.

Sementara itu, Disney Resort di Shanghai menahan semua pelawat di dalam resort bagi melalui saringan sebelum dibenarkan keluar.

Menurut jurucakapnya, jika didapati positif, mereka akan terus ditahan dan dikuarantin.

Kerajaan Shanghai memaklumkan dalam akaun WeChat rasminya, operasi resort tersebut akan gantung berkuatkuasa serta merta.

Pelawat taman itu sejak 27 Oktober juga diminta melakukan ujian dan memaklumkan pihak berkuasa kesihatan.

Bandar-bandar dan wilayah di seluruh China telah menguatkuasakan sekatan sementara yang lebih lama ke atas berjuta-juta orang untuk menghapuskan wabak COVID-19 yang kini mencecah 2,898, Ahad lalu melebihi 2,000 untuk dua hari berturut-turut.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu