fb fb fb fb fb

200 orang ditahan semasa tunjuk perasaan solidariti Palestin di London

Solidariti terhadap rakyat Palestin / Foto AFP

LONDON, 9 Ogos - Sekurang-kurangnya 200 orang ditahan semasa tunjuk perasaan di kawasan bangunan Parlimen UK, kata pasukan Polis Metropolitan di laman X

"Kami kini telah menahan 200 orang ketika orang ramai memegang sepanduk menyokong Palestin", kata pegawai polis yang menyatakan kumpulan protes ditahan di bawah undang-undang antikeganasan.

Polis Metropolitan berkata, tangkapan pada demonstrasi itu adalah antara jumlah terbesar sejak perhimpunan bermula di London pada Oktober 2023.

Jalan-jalan di kota raya itu dibanjiri lautan penunjuk perasaan yang membawa bendera Palestin sambil memegang sepanduk bertulis "Free Palestine".

Ribuan menyertai tunjuk perasaan pro-Palestin di London ini menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan menuntut penamatan serangan Israel ke atas Gaza. - AFP

HASRON BIN HASSAN