GAZA, 9 Ogos - Seramai 39 orang lagi terbunuh dan 491 cedera akibat serangan Israel di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
21 orang daripada mereka yang terbunuh meninggal dunia ketika menunggu bantuan makanan.
Sementara itu, jumlah penduduk Gaza yang mati akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan yang disebabkan oleh sekatan Israel telah meningkat kepada 212 termasuk 98 kanak-kanak.
Jumlah warga Palestin yang terbunuh pula meningkat kepada 61,369 orang sejak serangan Israel pada Oktober 2023. - AL JAZEERA