fb fb fb fb fb

212 orang mati kebuluran di Palestin

Sekurang-kurangnya 61,369 orang terbunuh dan 152,850 cedera / Foto AFP

GAZA, 9 Ogos - Sebelas orang lagi warga Palestin mati kebuluran dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kematian akibat kelaparan meningkat kepada 212 orang, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Dalam pada itu, rancangan Israel untuk merampas bandar Gaza secara paksa akan memindahkan hampir sejuta rakyat ke selatan Palestin.

PBB dan beberapa negara Arab serta Eropah dan China adalah antara kumpulan antarabangsa yang mengecam rancangan Israel untuk menduduki bandar Gaza.

Serangan Israel ke atas Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 61,369 orang dan mencederakan 152,850 yang lain sejak peperangan tercetus pada 7 Oktober 2023. - Al JAZEERA

HASRON BIN HASSAN