fb fb fb fb fb

Mangsa runtuhan jambatan gantung di India meningkat kepada 141

FOTO REUTERS

GUJARAT, 31 Oktober- Angka kematian akibat runtuhan jambatan gantung di negeri Gujarat barat India meningkat kepada 141.

Kejadian petang Ahad itu berlaku di daerah Morbi apabila sebuah jambatan era British runtuh hanya seminggu selepas pengubahsuaian.

Pentadbiran tempatan dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan negeri menyegerakan operasi menyelamat dengan bantuan tentera India.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau telah berhubung dengan Ketua Menteri Gujarat, Bhupendrabhai Patel mengenai insiden itu.

Beliau meminta pasukan bantuan digerakkan segera untuk operasi menyelamat dan mengarahkan siasatan terperinci dilakukan.

Modi juga mahu bantuan turut diberikan kepada mangsa dan waris yang terjejas.

Jambatan sepanjang 232 meter yang menjadi ikon pelancongan popular bandar Morbi sedang digunakan beratus-ratus pengunjung sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Menurut pihak berkuasa, selain pengunjung dewasa, kanak-kanak antara yang menjadi korban dan usaha mengesan mangsa yang masih hilang dipergiat.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu