fb fb fb fb fb

Mengtian berlepas hari ini, China jadi negara ketiga letak manusia di orbit

FOTO AFP

BEIJING, 31 Oktober- China berjaya melancarkan modul terakhir stesen angkasa Tiangong yang diberi nama Mengtian, hari ini.

Mengtian, dilancarkan pada roket Long March 5B dari pusat pelancaran Wenchang di pulau tropika China Hainan, lapor stesen penyiaran kebangsaan CCTV.

Pelancaran Mengtian yang membawa maksud "Memimpikan Syurga" itu antara langkah terbaru program angkasa lepas Beijing.

Stesen angkasa lepas itu adalah satu daripada permata mahkota Beijing yang bercita-cita tinggi dalam program angkasa lepas dan berjaya mendaratkan rover robotik di Marikh dan bulan.

Ia menjadikan China sebagai negara ketiga yang meletakkan manusia di orbit.

Jurugambar dan peminat angkasa lepas menyaksikan pelancaran itu yang berlangsung pada pukul 3:27 petang waktu tempatan dari pantai berdekatan.


(FOTO AFP)

Pelancaran itu diisytiharkan sebagai kejayaan sepenuhnya oleh Komander Tapak Pelancaran Wenchang, Deng Hongqin.

"Berdasarkan data penerbangan dari Long March 5B, roket pembawa dan pengiraan kukuh Pusat Kawalan Penerbangan Aersoangkasa Beijing mendapati modul eksperimen Mengtian stesen angkasa telah memasuki orbit yang telah ditetapkan dengan tepat dan keadaan kerja adalah normal," kata Deng.

Mengtian ialah komponen utama ketiga dan terakhir stesen angkasa Tiangong berbentuk T dan membawa sejumlah peralatan sains canggih ke orbit termasuk sistem jam atom sejuk berasaskan angkasa lepas pertama di dunia.

"Jika berjaya, jam atom sejuk akan membentuk sistem masa dan frekuensi paling tepat di angkasa yang tidak sepatutnya kehilangan satu saat dalam ratusan juta tahun," Zhang Wei, seorang penyelidik di Akademi Sains China, memberitahu agensi berita Xinhua.

Beijing turut merancang untuk melancarkan teleskop angkasa Xuntian tahun depan.-AFP

Media Baharu