fb fb fb fb fb

Kampung Dharali musnah akibat banjir dan tanah runtuh

Pasukan keselamatan melakukan kerja-kerja pembersihan dan menyelamat di Kampung Dharali selepas banjir dan tanah runtuh/ REUTERS

UTTARAKHAND, 6 Ogos – Kampung Dharali di negeri Himalaya, di sini musnah akibat bencana banjir dan tanah runtuh di kawasan itu yang turut mengakibatkan puluhan penduduk sekitar masih hilang.

Menerusi rakaman dron pada Rabu, ia mendedahkan kawasan tersebut diliputi lumpur tebal dan sisa runtuhan akibat kejadian tersebut.

Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) memaklumkan pasukan penyelamat berusaha membuka laluan menggunakan kepingan logam untuk meredah kawasan berlumpur.

Anggota tentera dan pasukan bantuan bencana turut mengerahkan jentera berat untuk membersihkan bongkah batu besar dalam usaha memasuki Dharali.

Ia mengakibatkan kediaman dan jalan raya tenggelam akibat limpahan air, lumpur dan batu-batuan.

Dharali adalah sebuah kampung dengan kira-kira 200 penduduk yang terletak di daerah Uttarkashi pada ketinggian lebih 1,150 meter.

Ia juga merupakan destinasi pelancongan dan hentian penting bagi penganut Hindu yang menuju ke Gangotri, sebuah bandar kuil.

Semalam pegawai tempatan melaporkan bahawa empat individu disahkan meninggal dunia akibat kejadian itu.

Anggota penyelamat dan pasukan keselamatan melakukan penilaian kerosakan serta mengendalikan jentera berat untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan di kawasan terjejas.

Uttarakhand sering dilanda banjir dan tanah runtuh, yang menurut sesetengah pakar ia terkesan daripada perubahan iklim dunia.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI