fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan landa selatan Perancis, kawasan lebih 14,000 hektar musnah

Pasukan bomba memantau lokasi kebakaran dan mengawal kebakaran hutan di selatan Perancis/ REUTERS

AUDE, 6 Ogos – Pasukan bomba di selatan Perancis bertungkus-lumus mengawal kebakaran hutan pada Rabu, yang telah memusnahkan kawasan lebih 14,000 hektar, apabila api terus merebak pantas merentasi kawasan hutan dan perkampungan.

Ia memaksa penduduk dan pelancong menyelamatkan diri daripada kejadian itu.

Menurut pihak Wilayah Aude, seorang mangsa dilaporkan maut di perkampungan Saint-Laurent-de-la-Cabrerisse, kira-kira 30 kilometer dari bandar Perpignan.

Sekurang-kurangnya 25 buah rumah turut musnah dijilat api, dan banyak laluan jalan raya di kawasan terbabit ditutup.

Lua kawasan yang musanah akibat kebakaran itu dianggarkan hampir menyamai keseluruhan kawasan yang terbakar di seluruh Perancis sepanjang tahun 2024, dan lebih dua kali ganda berbanding kawasan terjejas pada tahun 2023.

Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran sedang merebak "dengan sangat pantas", dengan hampir 2,000 anggota bomba dikerahkan untuk mengawal keadaan. Sekitar 2,500 penduduk di kawasan terlibat kini terputus bekalan elektrik.

Pegawai dan pakar turut memberi amaran bahawa perubahan arah angin boleh menyukarkan lagi usaha pemadaman kebakaran.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI