GEORGIA, 7 Oogos – Lima askar cedera dalam insiden tembakan di pangkalan tentera AS Fort Stewart pada Rabu.
Tembakan berlaku di kawasan 2nd Armored Brigade Combat Team dan semua pintu masuk pangkalan ditutup serta merta.
Lima mangsa yang cedera menerima rawatan awal di lokasi sebelum dipindahkan ke Winn Army Community Hospital untuk rawatan lanjut.
Suspek telah ditangkap sekitar pukul 11:35 pagi. Walaupun identiti suspek dan motifnya belum didedahkan, polis mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan.
Beberapa sekolah berdekatan, termasuk tiga sekolah rendah di dalam pangkalan dan sekolah luar, turut diletakkan dalam status keselamatan ‘soft lockdown’, iaitu semua pintu masuk dikawal ketat tetapi aktiviti pembelajaran diteruskan seperti biasa.
Gabenor Georgia, Brian Kemp, turut menyampaikan ucapan simpati di platform X, sambil menggesa warga Georgia agar mendoakan keselamatan mangsa dan anggota tentera yang bertugas.- REUTERS