fb fb fb fb fb

Pedro Sanchez pelawa Lula da Silva bekerjasama tangani perubahan iklim

FOTO AFP

MADRID, 31 Oktober- Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyeru Presiden Brazil yang baharu, Luiz Inacio Lula da Silva untuk bekerjasama dalam memerangi perubahan iklim global.

Beliau berharap dengan kemenangan pilihan raya itu, kedua-dua negara dapat mencari titik penyelesaian dalam isu keadilan sosial selain mengukuhkan hubungan diplomasi negara.

"Tahniah Lula atas kemenangan anda. Mari kita bekerjasama untuk keadilan sosial, kesaksamaan dan menentang perubahan iklim.

"Kejayaan anda akan menjadi kejayaan rakyat Brazil," kata Sanchez menerusi satu ciapan di Twitter.

Saintis iklim dan pencinta alam sekitar memberi amaran bahawa kemenangan Lula itu akan mempunyai kepentingan yang besar untuk bumi.

Dalam tempoh hampir empat tahun berkuasa, bekas pemimpin sayap kanan Brazil, Jair Bolsonaro telah menjadi tokoh yang membenci pencinta alam sekitar.

Ini kerana sokongannya terhadap syarikat kayu dan perlombongan dan dipersalahkan kerana memusnahkan Amazon, namun dengan kemenangan Lula diharap dapat meningkatkan harapan untuk perubahan.

"Kejayaan Lula adalah komitmen untuk memerangi perubahan iklim kepada biodiversiti dan juga untuk status istimewa untuk Amazon.Yang penting untuk kedua-duanya," kata Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel kepada radio RNE.

Menurut penyelidikan, hutan Amazon yang merupakan hutan hujan terbesar di dunia itu telah membantu menyerap pelepasan karbon oleh manusia yang melambung tinggi namun kini dalam situasi membimbangkan apabila mula mengeluarkan lebih banyak karbon daripada yang diserap.


(FOTO AFP)

Media Baharu