fb fb fb fb fb

Macau aktifkan semula sekatan ketat COVID-19

(FOTO REUTERS)

MACAU, 31 Oktober- Macau mengaktifkan semula sekatan ketat COVID-19 selepas berlaku beberapa kes jangkitan, minggu lepas.

Ini termasuk menutup serta merta sebuah pusat peranginan kasino popular selepas beberapa kes COVID-19 dikesan.

Kakitangan serta pengunjung turut diarah kekal berada di pusat peranginan itu hingga esok.

Kira-kira 700-ribu penduduk juga diwajibkan untuk mengambil ujian antigen pada setiap hari.

Sebelum ini, Bandar itu telah melonggarkan sekatan perjalanan buat pengembara selepas disahkan bebas COVID-19 lebih daripada tiga bulan.-REUTERS


(Foto hiasan)

Media Baharu